Juruteknik saya yang print 'wording' di atas. Masa ni, dia sedang dilamun cinta. Sekarang juga dia sedang dilamun cinta. Cuma cinta yang sekarang membawa dia ke jalan yang segalanya berbeza. Ya. Dia jatuh cinta dengan orang yang salah, dalam keadaan yang salah. Tapi, siapa saya untuk membuat pengadilan yang begitu. Betapalah ungkapan cinta itu buta, sangat benar.Saya bersyukur. Dipertemukan, bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin dengan orang yang sama. Allah telah membuka seluas-luas nikmat kepada saya dan dia. Tidak ramai yang untung nasibnya baik seperti saya. Jadi saya mahu masukkan dipertemukan, bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin dengan orang yang sama itu sebagai senarai kesyukuran saya pada hari ini. Syukurlah Tuhan memberi kesempatan itu untuk saya. Sampai saat ini pun, saya tak akan tahu bagaimana rasanya hidup tanpa suami saya yang menerima saya seadanya.
Saya juga tidak dapat bayangkan bagaimana rasanya, bila lelaki yang telah lama kita cintai, tiba-tiba berkahwin dengan orang lain. Bagaimana perasaan kita waktu itu. Sedih dan kecewa sudah pasti. Semuanya seakan sesak tiba-tiba. Mahu menarik nafas pun rasa sakit semuanya. Sungguh. Saya tak dapat bayangkan apa yang teman saya lalui bila semuanya tamat secara tiba-tiba. Bagaimana teman saya ini menerima berita lelaki yang disayangi seluruh hati, selama lima tahun, mengakhirkan semuanya dengan menerima akad wanita lain. Ya-Allah. Kuatkanlah hati teman saya. Kerana jika saya, sumpah hati saya akan hancur luluh. Untuk tersenyum pun saya tidak mampu. Ya. Saya sangat lemah dengan keadaan ditinggalkan begitu.
Pesan saya - untuk semua lelaki di luar saya. Ya. Untuk anda. (you know who you are) Tolonglah hargai wanita-wanita yang menyayangi anda. I bet. Anda tak akan tahu bagaimana rasanya bila dikecewakan. Sakit nya teramat. Tolonglah. Tolong hargai wanita-wanita yang terlalu menyayangi anda ini.
And to you dear, you should know by now, that i love you so very much.






































































